Pengenalan

LAMAN BLOG / WEB


Blog adalah singkatan kepada Web-log. Log pada kata dasarnya adalah catatan samada dalam frekuensi sekali sesaat, sekali seminit, sekali sejam, sekali sehari, sekali seminggu dan sebagainya.

Ia merupakan satu catatan diary didalam media elektronik berasaskan Internet. Blog sesuai digunakan oleh mereka yang bukannya terdiri daripada golongan berlatarbelakangkan IT.


Blog mempunyai rekabentuk yang ringkas dengan pemilihan tema yang sesuai. Kebiasaannya lebih ringkas sesebuah tema Blog itu, akan mempercepatkan proses muat-turun imej.

 Catatan yang disimpan didalam blog, di simpan jauh dari komputer orang membaca blog. Aktiviti mengemaskini blog dipanggil “blogging” manakala orang yang mengemaskini blog dipanggil “blogger”.